{VIDEO} “Buat malu muka je terjerit-jerit…” Pelanggan ‘cerewet’ tengking, maki pekerja carwash tengah cuci kereta

BEBERAPA pekerja kedai cuci kereta terpaksa menadah telinga apabila dimarahi dan dimaki seorang pelanggan ketika sedang mencuci kenderaan individu tersebut.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Ahad, kelihatan seorang lelaki menengking beberapa pekerja kedai terbabit.

Dalam video sama, pelanggan itu dilihat memarahi pekerja tersebut sambil memeriksa keretanya yang ketika itu dipercayai dalam proses akhir pembersihan.

Pekerja berkenaan juga dilihat terus menyelesaikan tugasnya tanpa melawan atau membalasnya sehingga akhir video.

Namun, tarikh, punca dan lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Rata-rata warga maya turut meluahkan rasa berang terhadap sikap pelanggan berkenaan yang tidak mempunyai rasa hormat terhadap orang lain.

“Kalau nak sempurna, basuh sendiri kawan. Buat malu muka je terjerit-jerit,” komen @mohd.khairuddin.79274.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak kedai mahupun pelanggan tersebut berhubung kejadian itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*