Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin, pemimpin PAS sifatkan sebagai ‘tidak matang’

Seorang pemimpin PAS menyifatkan tindakan menularkan semula gambar setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan dengan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai tidak matang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Awang Hashim berkata, tiada masalah untuk mana-mana pemimpin parti itu bergambar dan berkawan dengan sesiapa, walaupun berlainan ideologi.

“Siti Kassim (peguam hak asasi manusia) pun kenalan kita, bergambar itu perkara biasa tetapi dari segi prosedur undang-undang, kalau tak betul kita akan tentang dan berlawan.

“Macam dalam Parlimen kita bergaduh, tetapi bila di luar boleh duduk makan bersama dan bergambar sekali, jadi kita seru (amalkan) kematangan,” katanya kepada FMT pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan.

Gambar Takiyuddin dan Nik Elin Zurina yang diambil tahun lepas ditularkan semula susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Nik Elin Zurina, yang juga seorang peguam dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman memfailkan petisyen cabaran perlembagaan pada 2022 untuk mempersoalkan kuasa DUN Kelantan meluluskan enakmen itu.

Takiyuddin, yang turut berada di hadapan Mahkamah Persekutuan semalam, menyifatkan keputusan itu sebagai “Jumaat yang hitam” buat umat Islam dan negara.

Selain gambar bersama Takiyuddin, turut tular gambar Nik Elin Zurina bersama Presiden Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa yang juga timbalan ketua pengarah pilihan raya PAS, dan kad keahlian MN peguam itu.

Semalam, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan mencapai kesimpulan dalam keputusan majoriti 8-1 bahawa DUN tiada kuasa meluluskan 16 peruntukan dalam enakmen itu kerana kesalahan terbabit dirangkumi bawah undang-undang persekutuan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*