{VIDEO} Peragut wanita di Klang dicekup di Langkawi

POLIS mengesahkan penahanan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kes ragut seorang gadis dekat Isnin lalu telah diberkas di Langkawi, Kedah.

Suspek ditahan di hadapan Medan Selera Penarak, Kuah dekat Langkawi pada 4.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek berusia 24 tahun itu telah ditahan oleh sepasukan polis pelancong Ibu Pejabat Daerah Langkawi.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod dadah.

“Polis juga telah merampas beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

“Permohonan reman telah diluluskan oleh Majistret Klang selama empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pegawai penyiasat kini dalam tindan untuk melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dilaporkan seorang penunggang motosikal wanita cedera selepas diragut di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina dekat Klang pada Isnin lalu.

Ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja telah didatangi suspek dari arah belakang.

Suspek telah menarik beg silang di badan mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikal.

Pemeriksan mendapati beg silang yang diragut mengandungi telefon bimbit jenis iPhone 14, dompet berisi dokumen peribadi dan wang tunai sebanyak RM 114.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*