Hasrat suami belikan nasi ayam buat isteri yang sakit bertukar tragedi

Hasrat seorang lelaki membelikan nasi ayam untuk isterinya yang sakit bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Semenyih, Bandar Tasik Kesuma, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari pasar malam menuju ke rumahnya pada pukul 6.47 petang.

“Siasatan mendapati semasa kejadian pemandu yang merupakan lelaki tempatan bersama empat orang penumpang dalam perjalanan dari Beranang menghala ke rumah di Eco Majestic, Semenyih.

“Ketika melalui jalan tersebut, pemandu berkenaan melihat sebuah motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan,” katanya.

Mohd. Zaid berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu terbabit telah tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Sek.41(1) APJ 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Insp Nur Faezah Binti Mohd Zakria di talian 012-3268496 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*