Tidak restu perkahwinan anak, ibu upah orang simbah cat pada gaun pengantin bakal menantu

Seorang ibu di Mexico didakwa mengupah orang untuk menyimbah cat pada gaun pengantin bakal menantunya kerana tidak merestui perkahwinan anaknya dengan wanita itu.

Kejadian berlaku di bandar Ciudad Obregon dalam negeri Sonora, lapor portal berita Wolipop.

Rakaman video yang dikongsikan menunjukkan pengantin perempuan memakai gaun putih sambil memegang sejambak mawar merah. Dia kemudian berjalan dengan pakaiannya dipenuhi cat merah.

Beberapa orang yang berada di tempat kejadian berkata, tiga individu muncul secara tiba-tiba ketika pengantin perempuan berada di luar gereja sebelum majlis perkahwinan bermula.

“Ramai tetamu merakam tindakan pelaku sebagai bukti bahawa terdapat seseorang mengupah ketiga-tiga mereka,” tambah sumber itu.

Keluarga pengantin lelaki dilaporkan telah berulang kali cuba menghalang pasangan itu daripada berkahwin, manakala ibunya dituduh mengupah orang yang tidak dikenali untuk mengotorkan pakaian pengantin perempuan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*