Gara-gara peluk peminat wanita, penjaga gawang bolasepak Iran digantung satu perlawanan

Gara-gara memeluk seorang penyokong wanita, penjaga gawang sebuah kelab bola sepak terkemuka di Iran, digantung tugas.

Menurut akhbar harian sukan, Khabar Varzeshi, Hossein Hosseini, 31, yang bermain untuk pasukan Tehran Esteghlal, digantung selepas insiden yang berlaku pada 12 April lalu.

Ketika kejadian, wanita yang juga peminat Esteghlal meluru ke padang dan pihak keselamatan stadium cuba menahannya.

Hosseini menghampiri wanita itu ketika kakitangan keselamatan cuba menahannya dan seketika memeluk individu berkenaan.

Akhbar itu berkata, persekutuan bola sepak Iran mendenda penjaga gol itu bersamaan AS$4,700 (kira-kira RM22,457) dan memberinya penggantungan satu perlawanan kerana “berkelakuan buruk terhadap ejen keselamatan pada perlawanan itu.

“Wanita secara amnya dilarang daripada menghadiri perlawanan bola sepak berikutan revolusi Islam 1979, tetapi pada Ogos 2022 mereka dibenarkan menyertai perlawanan kejohanan buat kali pertama dalam tempoh lebih 40 tahun.

Hosseini menghabiskan sebahagian besar karier bola sepaknya di Esteghlal, salah satu kelab paling popular di negara ini.

Dia bermain untuk Iran dalam perlawanan Piala Dunia 2022 menentang England selepas penjaga gol pilihan pertama cedera.

Esteghlal, yang dikenali sebagai “The Blues”, kini menduduki tangga teratas liga Iran dengan hanya tinggal enam perlawanan lagi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*