{VIDEO} “Penunggang motosikal ‘koyak…” Kena ‘sound, gara-gara ikut rapat kereta polis iring van APM

“Penunggang motosikal ‘koyak…” Kena ‘sound, gara-gara ikut rapat kereta polis iring van APM.

Tindakan mengikut rapat mana-mana kenderaan milik kakitangan barisan hadapan yang perlu bergegas membawa pesakit atau sedang berada dalam kecemasan sering kali terjadi.

Walaupun kita sedia tahu bahawa ia sememangnya satu kesalahan, namun kejadian sama berulang lagi dan lagi.

Misalnya seperti yang dihadapi oleh pasukan Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ini, yang mana perkongsiannya ada dimuat naik oleh Sultan Dotcom di Tiktok.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan seorang penunggang motosikal dengan selambanya mengikut rapat kereta polis yang ketika itu sedang mengiiringi van JPAM.

Namun begitu, nasib tidak memihak kepada penunggang motosikal terbabit apabila dia dimarahi oleh salah seorang anggota polis yang berada di tempat duduk bahagian belakang.

Jika dapat dilihat, anggota itu membuka sedikit pintu kereta dan lantas mengeluarkan tangannya seperti menyuruh pemilik motosikal itu menjauh kerana selepas kejadian penunggang motosikal tersebut terus menukar laluannya.

Ramai terhibur mengenangkan gelagat kedua-dua mereka kerana beranggapan ia satu bentuk pengajaran yang sewajarnya buat individu keras kepala seperti itu.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*