“Rasuah semakin rancak…” Penolong jurutera pula didakwa terima suapan RM600

“Rasuah semakin rancak…” Penolong jurutera pula didakwa terima suapan RM600.

Seorang penolong jurutera didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan sebanyak RM600 bagi kerja-kerja menaik taraf pendawaian di Pejabat Kolej Vokasional Melaka Tengah, tiga tahun lalu.

"Rasuah semakin rancak..." Penolong jurutera pula didakwa terima suapan RM600
SUHAIROL Samsudin diiringi keluar selepas dituduh di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka.

Tertuduh, Suhairol Samsudin, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Turut baca

Mengikut pertuduhan, Suhairol yang bertugas di Kolej Vokasional Melaka Tengah didakwa mendapat wang tunai berjumlah RM600 daripada Abdul Rashid Omar, 57, yang diketahui mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi dengannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Lot 1762-3 Jalan Sungai Punggur Laut dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 9.30 malam, pada 28 Februari 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Syakila Yaacob mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan perlu menyara keluarga termasuk anak yang masih bersekolah.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan memerintahkan untuk menyerah pasport kepada mahkamah, selain melaporkan diri setiap bulan di Pejabat SPRM Melaka sehingga kes selesai.

Elesabet menetapkan 17 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*