{VIDEO} “Pentingkan diri…” Konvoi VIP lawan arus, nyaris ‘sauk’ pengguna jalan raya

Bagai sudah terlalu kerap apabila VIP sentiasa diberi keutamaan apabila melalui jalan raya. Lebih-lebih lagi apabila dalam kesesakkan, keutamaan yang diminta itu sering kali membuat pengguna jalan raya ‘panas hati’.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video memaparkan polis pengiring bersama beberapa kereta dikatakan milik VIP memotong barisan kereta yang sesak.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh Meerza Danish ini memaparkan dia nyaris kemalangan apabila polis pengiring bersama VIP berkenaan tiba-tiba bertentangan dengannya

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat terdapat kesesakkan di laluan sebelah membuatkan polis pengiring melalui laluan yang melawan arus itu.

Bagaimanapun, Meerza Danish bernasib baik apabila ketika itu dia sedang memandu dengan perlahan dan sempat mengelak konvoi VIP berkenaan.

Rata-rata warganet berpendapat bahawa konvoi berkenaan sangat mementingkan diri.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*