{VIDEO} “Tidak semudah itu…” Lepas pecah muka dibelasah, lelaki hina Islam harap kes dah ‘settle’

Berikutan tular seorang lelaki dipercayai mencabar dan menghina agama sekaligus menyamakan Nabi Muhammad S.A.W dan Allah S.W.T dengan seekor haiwan.

Terbaru, rumah lelaki berkenaan dikatakan telah diserang oleh beberapa orang individu yang geram akan keangkuhan dalam menghina agama Islam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ayam Mekdi di laman Facebook SSTV memaparkan beberapa orang indivdiu telah datang menyerang lelaki tersebut di rumah.

Dalam video yang dikongsikan itu juga dapat dilihat lelaki berkenaan disuruh mengucap malah dilihat berdarah di bahagian mukanya.

Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan memuat naik satu video dengan menyatakan pemohonan maaf kerana mengeluarkan kata-kata menghina agama Islam.

“Apa-apa saya mintak maaf, tengok dah teruk kena ni. So aku tak salahkan mereka-mereka semua. Aku faham, sebenarnya aku nak tuju. Mungkin aku tersalah buat, tak sepatutnya aku buat macam tu. So aku harap dekat luar jangan ada buat macam ni, aku gerak dulu. Settle lah.”

Rata-rata warganet masih lagi tidak berpuas hati akan tindakan lelaki berkenaan. Malah, mereka beranggapan bahawa apa yang diterima oleh lelaki berkenaan masih belum cukup.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*