{VIDEO} Pemandu bas cabut lari ‘tak cukup tanah’ lepas gilis 2 beradik lintas jalan

Pemandu bas cabut lari ‘tak cukup tanah’ lepas gilis 2 beradik lintas jalan.

Isu keselamatan di jalan raya bukan sesuatu yang boleh diambil ringan oleh mana-mana pihak.

Apatah lagi sekiranya ia membabitkan kanak-kanak ataupun individu di bawah umur.

Pada Khamis, tular satu video memaparkan insiden ngeri membabitkan dua orang kanak-kanak yang sedang melintas jalan sebelum digilis sebuah bas sekolah yang membelok ke persimpangan tersebut.

Apa yang mengejutkan, jarak antara bas berkenaan dengan kedua-dua mangsa itu pada awalnya dilihat agak jauh dan sepatutnya membolehkan pemandu kenderaan melihat kanak-kanak berkenaan yang sedang melintas jalan.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Mahasrashtra Vasai, India pada 1 Mac lalu sekitar pukul 2 petang waktu tempatan.

{VIDEO} Pemandu bas cabut lari 'tak cukup tanah' lepas gilis 2 beradik lintas jalan
Insiden itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana bas berkenaan dilihat berada pada jarak yang agak jauh bagi membolehkan pemandu melihat kedua-dua mangsa yang sedang melintas jalan.

Difahamkan, kedua-kedua mangsa yang dipercayai pasangan adik beradik perempuan dan lelaki perempuan masing-masing berusia 5 dan 3 tahun.

Dalam kejadian tersebut, media tempatan melaporkan mangsa mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di hospital.

Sementara itu, pemandu bas terbabit turut melarikan diri daripada lokasi kejadian ekoran kemalangan yang berlaku.

Polis tempatan juga memulakan siasatan berhubung perkara tersebut.

Insiden berkenaan turut menimbulkan kemarahan orang ramai yang tampil membangkitkan mengenai kecuaian pemandu terbabit.

Malah mereka juga meminta pihak berkuasa supaya memberikan keadilan kepada mangsa di samping menggesa pelaksanaan langkah pencegahan bagi mengelakkan insiden serupa berulang.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*