{VIDEO} Ngerinya! Orang ramai panik lihat mangsa kemalangan terperosok bawah kereta

SEORANG penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Temerloh Bera, Kampung Tengah, Temerloh, Pahang pada Rabu.

Pasukan Komunikasi Paramedik Pahang memaklumkan, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurut pasukan itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar pukul 4.32 petang memaklumkan berlaku satu kemalangan melibatkan kereta dan motosikal.

“Pasukan perubatan diatur gerak ke lokasi kejadian dan mengesahkan seorang mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Nahas itu juga sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dikongsikan di laman Facebook.

Berdasarkan klip berdurasi 15 saat itu, penduduk kampung bertungkus lumus untuk mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah kereta jenis Perodua Exora berwarna emas.

Lebih mengerikan, hanya sebelah kaki mangsa sahaja yang kelihatan dalam rakaman berkenaan, manakala motosikalnya dilihat terjatuh di belakang kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*