{VIDEO} Lelaki gila talak, bakar kereta, rumah bekas isteri enggan rujuk

SEORANG lelaki mengamuk dan nekad membakar rumah serta kereta isterinya kerana permintaan rujuk semula ditolak.

Kejadian itu berlaku di Majalengka dekat Jawa Barat, Indonesia pada Selasa dan tindakan lelaki itu juga turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Keadaan rumah Yeni yang dibakar oleh bekas suaminya.

Dalam kejadian itu, suspek Ikin Sadikin, 38 tahun dan isterinya, Yeni Susilawati difahamkan sudah bercerai sejak dua minggu lalu selepas mendirikan rumah tangga selama tujuh bulan.

Menceritakan semula peristiwa itu, Yeni berkata, bekas suaminya itu bertindak membakar keretanya yang diletakan di sebuah kawasan parkir pasar raya dekat Rajaguluh terlebih dahulu.

“Dia kemudiannya bertindak membakar rumah saya yang terletak di Desa Kubung.

“Dia (Ikin) nak rujuk semula tetapi saya tak mahu dan terus menolak.

“Susulan itu, Ikin marah dan nekad membakar kereta serta rumah saya,” katanya.

Tambah Yeni lagi, sebelum kejadian tersebut, Ikin sempat mengunggut untuk mencederakan dirinya.

“Dia ada buat ugutan dan berlaku kasar.

“Ikin tak boleh terima saya menolak untuk kembali kepadanya.

“Niat itu ada tetapi saya tak suka dia suka mabuk dan pukul saya,” tambahnya lagi.

Susulan daripada peristiwa itu, Yeni kini terpaksa menumpang di rumah kedua orang tuanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Rajuguluh, Rusli Iskandar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kami terima laporan daripada mangsa dan suspek masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*