{VIDEO} Kereta tergelongsor langgar gerai, peniaga bazar Ramadan melecur terkena minyak panas

SEORANG peniaga di sebuah bazar Ramadan di Jelebu, Negeri Sembilan melecur selepas sebuah kereta yang diletakkan berhampiran gerainya dalam keadaan enjin masih hidup tiba-tiba bergerak dan merempuh kuali berisi minyak masak panas yang sedang digunakan sehingga terbalik.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, terdapat dua kanak-kanak kecil di dalam kereta ketika kejadian sekitar pukul 5.45 petang Selasa itu.

“Pemandu telah meninggalkan kereta di luar bazar yang terletak di Kuala Klawang tanpa mematikan enjinnya.

“Tiba-tiba, kereta itu mula menggelongsor ke hadapan dan melanggar kuali berisi minyak masak,” katanya sambil menambah seorang peniaga berusia 40 tahun melecur 25 peratus di bahagian belakang badan, betis dan paha kiri.

Maslan berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 14(1)(a) Peraturan Lalu Lintas Jalan.

Beliau turut meminta saksi untuk tampil membantu polis dalam siasatan.

Bagaimanapun nasib pemandu dan dua kanak-kanak dalam kereta tersebut tidak dapat dipastikan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*