{VIDEO} Pasangan suami isteri ‘kekal tenang’ kereta dibelit ular sawa

Sepasang suami isteri sempat merakamkan detik cemas setelah menyedari kereta yang mereka pandu dibelit ular sawa.

Menurut sebuah hantaran di laman TikTok @aatwilight, ular tersebut keluar dari bonet kereta sebelum merayap naik ke cermin hadapan.

Kekal tenang, keluarga tersebut terus memandu dengan perlahan menuju ke balai bomba terdekat untuk mendapatkan bantuan.

“Kejadian sebentar tadi. Allah sebaik-baik pelindung. Alhamdulillah, kami satu keluarga selamat. Ular juga selamat.

“Kami sempat sampai Balai Bomba Cyberjaya. Terima kasih abang Bomba, semoga Tuhan balas dengan ganjaran syurga,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan tersebut yang kekal tenang dan tidak lekang menyebut nama Allah SWT walaupun sedang panik.

Turut baca :

“Ya Allah, tenangnya. Kalau saya, dah panik, menggigil. Trauma betul saya dengan ular,” kata Ainun.

“Saya kagum dengan awak berdua. Kalau saya tu, dah terjerit-jerit sepanjang jalan,” kata Sue.

“Ini kalau aku yang bawa kereta, mungkin akan tekan minyak sampai tak ingat dunia. Baguslah kamu berdua santai sahaja, boleh bersembang lagi,” kata Elieda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*