{VIDEO} Dakwa ada maklumat ‘dalang’ kes serangan Faisal Halim, polis cari ‘Muhammad Imran Suresh’

Polis mengesan pemilik akaun media sosial dikenali ‘Muhammad Imran Suresh’ berhubung kenyataan bintang Harimau Malaya Faisal Halim disimbah asid.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata individu terbabit mendakwa mempunyai maklumat berkaitan insiden menimpa pemain Selangor FC itu.

“Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya menurut Harian Metro.

Razarudin berkata, siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut terhadap suspek yang direman semalam, bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Ditanya sama ada kemungkinan suspek diupah, beliau berkata perkara itu belum dipastikan.

“Kita masih menyiasat dan perlu siasatan yang adil,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes itu.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Instagram mendakwa dipanggil polis untuk membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Dia mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut supaya tidak mendedahkan kejadian sebenar yang menimpa pemain kebangsaan itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*