{VIDEO} “Nyawa bukan mainan…” Bagi ubat lebih dos, jururawat ‘koyak’ kena ‘sembur’

“Nyawa bukan mainan…” Bagi ubat lebih dos, jururawat ‘koyak’ kena ‘sembur’.

Bermula daripada doktor, pembantu doktor, jururawat sehinggalah kepada ahli farmasi, masing-masing mempunyai peranan tersendiri demi memastikan pesakit sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Demikian adalah kerana profesion mereka melibatkan nyawa.

Namun begitu, seramai 3 orang jururawat ini bertindak sebaliknya apabila mereka sewenang-wenangnya memberi ubat kepada pesakit melebihi dos yang sepatutnya.

Menerusi perkongsian di Tiktok, difahamkan pesakit yang menjadi mangsa kekejaman jururawat itu adalah kanak-kanak berusia 6 tahun 7 bulan.

Setelah perbuatannya terbongkar, ibu kepada pesakit dengan lantangnya bersuara di dalam wad tersebut dengan bersaksikan ketua jabatan mereka.

Selain marah dengan tingkah laku jururawat terlibat, warganet juga luah kesian mengenangkan nasib malang kanak-kanak itu.

Menurut mereka, nyawa bukan perkara yang boleh dibuat main dan seharusnya perlu lebih berhati-hati menguruskan perkara itu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*