MJ ‘kantoi’ berkhalwat dengan lelaki Bangladesh

MJ ‘kantoi’ berkhalwat dengan lelaki Bangladesh.

SEORANG wanita berstatus janda dicekup sedang berkhalwat dengan seorang lelaki warganegara Bangladesh di sebuah motel di Daerah Kulim, kelmarin.

Seorang wanita berstatus janda yang dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh di sebuah bilik motel di daerah Kulim disoal anggota PADK.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, wanita berusia 51 tahun itu ditahan anggotanya kerana disyaki berdua-duaan dengan lelaki terbabit dalam sebuah bilik motel berkenaan.

Turut baca

Jelas beliau, wanita itu memberikan alasan kononnya hanya datang untuk mengurut secara sambilan di situ.

“Wanita itu mempunyai lima anak dicekup berkhalwat pada jam 12.40 tengah malam kelmarin.

“Lelaki itu berusia sekitar 30-an menetap di Sungai Petani dan hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram, mengundang syak mereka disyaki berkhalwat,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar Sharifuddin berkata, wanita dan lelaki itu kemudian dibawa ke Balai Polis untuk dibuat laporan tangkapan.

Dalam pemeriksaan berasingan, seorang lelaki dicekup berkhalwat bersama pasangannya tanpa sebarang ikatan suami isteri di sebuah bilik di hotel sama pada jam 1.10 pagi.

Anwar Shariffudin berkata, lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Perak itu ditahan berdua-duaan dalam bilik itu bersama pasangannya yang berusia 24 tahun yang menetap di daerah ini.

Beliau berkata, mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*