{VIDEO} “Ngeri tengok kepala terpenyek…” Lori kelapa sawit bertembung, 2 lelaki maut

DUA lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kenderaan lori sawit dan kontena di Maran, Pahang pada Selasa.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 67, Jalan Kuantan – Kuala Lumpur, dekat Kampung Luit.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan kedua-dua pemandu kenderaan berat tersebut maut di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah.

“Kedua-dua pemandu meninggal dunia. Tidak tahu siapa yang salah tapi kemalangan teruk, pemandu lori sawit tersepit, seorang lagi pemandu macam dah hancur terbaring di tengah-tengah jalan raya,” tulis individu berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan, pemandu lori terbunuh dalam nahas itu ialah Ismanizam Zulkanain Azmi, 22, dan Nik Mohamad Zainudin M. Baki, 38, kedua-dua mangsa berasal dari Kuantan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika lori dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala lumpur dipandu Ismanizam Zulkanain, dipercayai terbabas dan hilang kawalan selepas melalui laluan selekoh.

“Akibat kemalangan itu dua pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Melalui video kemalangan ngeri yang dikongsikan, kelihatan pemandu lori sawit tersebut tersepit dengan keadaan kepalanya terpenyek manakala lengannya berlumuran darah.

Manakala, seorang lagi mangsa dilihat terbaring di tengah-tengah jalan dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan yang dipandunya.

Zamri berkata, ketika kejadian salah sebuah lori terbabit dengan kemalangan itu sarat muatan sawit dan sebuah lori lagi tidak membawa sebarang muatan.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*