Suami ‘durjana’ tawar 2 lelaki khidmat seks dengan isteri di kondo Kuala Terengganu

SEOLAH-olah tidak menghormati Ramadan, seorang suami sanggup melakukan perbuatan keji apabila bertindak menjual isterinya kepada dua lelaki lain di Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin, iaitu sehari sebelum umat Islam mula melaksanakan ibadah puasa.

Kejadian tersebut dikesan dilakukan di sebuah kondominium di daerah berkenaan sekitar pukul 2.00 pagi Isnin.

Mangsa seorang wanita berusia 29 tahun yang juga isteri kepada lelaki tersebut turut berada di lokasi ketika serbuan dibuat oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan Buletin TV3, pemeriksaan lanjut turut menjumpai sejumlah wang tunai dan kondom.

Susulan daripada itu, tiga lelaki termasuk suami kepada mangsa ditahan dan direman atas kesalahan memperdagangkan manusia di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, pada Isnin.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan ketiga tiga suspek ditahan reman untuk membantu siasatan selama 7 hari bermula Isnin.

Kesemua suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 12/14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*