{VIDEO} Minta tambah ikan bilis, telur & sambal, pembeli naik angin disuruh bayar lebih 50 sen

Nasi lemak merupakan favourite rakyat Malaysia untuk dijadikan sarapan

Bukan saja sarapan, kadang kita boleh makan nasi lemak pada waktu tengah hari ataupun makan malam. Nasi lemak ibarat sudah menjadi comfort food kepada semua rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki naik angin dan tak puas hati apabila peniaga mark up harga 50 sen untuk nasi lemak yang dibeli telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tambah ikan bilis, kacang, telur dan sambal tapi tak puas hati bila peniaga naikkan harga

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang peniaga sedang menjual nasi lemak kepada seorang lelaki.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si pembeli banyak meminta untuk menambah ikan bilis, kacang, telur dan sambal lebih.

Si peniaga juga menurut saja kemahuan si pembeli namun apabila peniaga meminta 50 sen lebih daripada harga asal, pembeli itu seolah-olah tidak mahu membayar dan mempertikaikannya.

“Memang betul ada certain customer gini, dia ingat ikan bilis, kacang, bawang, telur kutip tepi rumah dia” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 788K tontonan, 47K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*