{VIDEO} “Masjid bukan tempat cari glamor…” Lelaki pakai songkok terlalu tinggi ke masjid dipersoal

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang lelaki usia warga emas yang memakai songkok terlalu tinggi di sebuah masjid, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @ngakaksehat.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki warga emas itu kelihatan berjalan memasuki sebuah masjid.

Penampilan lelaki berbaju putih dan berkain pelikat itu kelihatan sangat berbeza apabila dia dilihat memakai songkok yang sangat tinggi di kepalanya.

Lelaki itu berjalan dengan santai dengan menundukkan kepalanya sedikit. Dia kemudian mendekati jemaah lain yang duduk di barisan belakang lalu bersalam dengan mereka.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Macam mana nak rukuk ya,” kata seorang netizen.

“Mungkin dia jadi imam,” komen netizen lain.

Turut baca

{VIDEO} “Ujian orang berdakwah…” Ceramah Ustaz Kazim tertangguh gara-gara wanita ‘meracau’

“Gagal larikan diri…” Lelaki bunuh abang dan kakak ipar ditahan di Genting Highlands

{VIDEO} “Salah lorong je pon…” Tak sengaja langgar motor di simpang, pemandu Myvi ‘lunyai’ dihempuk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*