{VIDEO} “Atas sofa baharu pulak tu…” Rumah terbuka kecoh, tetamu hamil pecah air ketuban

Sebuah majlis rumah terbuka bertukar kecoh apabila salah seorang tetamunya yang sarat mengandung mengalami pecah air ketuban.

Menerusi sebuah video dikongsi di TikTok Che Kiah857, kejadian berlaku ketika wanita tersebut sedang duduk bersembang sambil menjamu selera.

Keadaan kemudian menjadi kecoh apabila wanita terbabit memaklumkan air ketubannya telah pecah.

“Air ketuban pecah, atas sofa baharu pula,” tulis kapsyen video tersebut.

Dalam video berlainan, pengirim tersebut memaklumkan wanita berkenaan bagaimanapun kekal tenang dan segera dibantu oleh saudara-maranya.

Turut baca :

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna geli hati melihat suasan kelam-kabut tersebut selain ada yang mempertikaikan tindakan perakam yang mentertawakan wanita berkenaan.

“Pertama bila benda ini jadi, tolonglah jangan menjerit terlolong, kasihan orang itu. Bawa tenang supaya dia pun tenang tidak kelam-kabut, sebab saya pernah lalui situasi begini,” kata Norazela.

“Saya pecah air ketuban rumah mentua, tak boleh bergerak. Baby meluncur keluar,” kongsi Muji House.

“Riuh, mesti cemas kan. Nanti bayi dah lahir ada benda nak diceritakan dekat dia kejadian sebelum dia lahir,” kata Nurul.

Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*