“Aneh lagi pelik…” Kerana mahu masuk penjara, lelaki sanggup tikam dua pelajar sekolah

Seorang lelaki di Jepun menyerang dua pelajar perempuan menggunakan pisau ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah semalam, lapor agensi berita Kyodo.

Seorang daripada mangsa parah dalam kejadian yang berlaku di bandar Sendai, timur laut Jepun, kata polis wilayah Miyagi.

"Aneh lagi pelik..." Kerana mahu masuk penjara, lelaki sanggup tikam dua pelajar sekolah
GAMBAR menunjukkan lokasi kejadian di mana dua pelajar sekolah ditikam di bandar Sendai semalam

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek, Hiroyuki Owari, 43, yang tinggal di kawasan kejiranan tersebut kerana disyaki cuba membunuh salah seorang gadis itu.

Turut baca

“Saya melakukannya untuk membunuh dan masuk penjara. Saya berulang kali menikam belakang mereka menggunakan pisau dapur dari rumah,” kata suspek kepada penyiasat.

Owari didakwa menyerang dua pelajar itu di jalanan sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) dan mengejar mangsa yang melarikan diri sebelum terus menikam mereka, kata polis.

Suspek dan mangsa dilaporkan tidak mengenali antara satu sama lain.

Seorang daripada mangsa parah, manakala seorang lagi cedera ringan. Kedua-dua mereka mengalami luka akibat tikaman termasuk di belakang badan, demikian menurut polis.

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an yang tinggal berhampiran lokasi kejadian berkata, dia melihat seorang daripada mangsa rebah di pintu masuk sebuah kediaman.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an berkata, dia melihat Owari akur ketika ditahan polis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*