{VIDEO} “Salah lorong je pon…” Tak sengaja langgar motor di simpang, pemandu Myvi ‘lunyai’ dihempuk

“Salah lorong je pon…” Tak sengaja langgar motor di simpang, pemandu Myvi ‘lunyai’ dihempuk.  Seorang pemandu Perodua Myvi teruk dihempuk dengan helmet selepas dikatakan tak sengaja langgar sebuah motosikal yang baru hendak keluar simpang.

Menerusi perkongsian semula oleh portal Majoriti, menyaksikan detik kejadian sebelum berlakunya pergaduhan melibatkan dua pihak terbabit.

Sementara itu, menurut kawan kepada mangsa dipukul memaklumkan bahawa awalnya mereka ingin berbincang dengan cara baik tetapi penunggang motosikal berkenaan bertindak sebaliknya pula.

“Kawan saya berhenti untuk berbincang dengan penunggang tersebut dan melihat keadaan motosikal tersebut, namun tidak sempat berbuat apa-apa kerana dia terus dihayun dengan helmet.”

“Saya cuba bantu tapi dia terus bertindak agresif dan cuba mencederakan saya pula.”

Namun, tidak dapat dipastikan akan kesahihan perkara tersebut memandangkan wakil dari kedua-dua pihak tidak memperincikan lanjut kejadian yang berlaku.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*