{VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah

Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah

Lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba, Nordin Pauzi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 9.19 malam.

Beliau berkata, sebanyak tujuh jentera bomba termasuk dua daripada jenis “Aerial Ladder Platform” dan 55 anggota daripada Balai Bomba Hang Tuah, Bandar Tun Razak, Sri Hartamas, dan Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu.

“Kejadian dipercayai berpunca dari rumah nombor tiga dari tepi sebelum merebak kepada empat rumah berhampiran. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pada peringkat awal pihak bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk mengawal kebakaran memandangkan kebakaran berlaku di Tingkat 17 blok berkenaan menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan jentera “Aerial Ladder Platform” selain tekanan air rendah.

Turut baca :

{VIDEO} “Buat malu muka je terjerit-jerit…” Pelanggan ‘cerewet’ tengking, maki pekerja carwash tengah cuci kereta

Tinju muka isteri angkara ‘cemburu buta’

{VIDEO} Terpengaruh adegan drama, kakak bertindak gila, sumbat adik hidup-hidup dalam lubang perigi

Bagaimanapun, beliau berkata hasil tindakan pantas pihak bomba, kebakaran dapat dikawal pada 11.22 malam.

Nordin berkata, seramai 39 anggota daripada agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut membantu dalam operasi berkenaan.

“Saya menjangkakan operasi akan tamat sepenuhnya pada 2 pagi ini dan selepas itu penghuni-penghuni akan dibenarkan kembali ke rumah masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak bomba dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan,” katanya.

Menurut Zam Halim, seramai 50 anggota polis juga akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi tujuan keselamatan dan pemantauan memastikan keadaan berada dalam keadaan baik.

{VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah {VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah {VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah {VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah {VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah {VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah {VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah {VIDEO} Laungan azan, jeritan wanita kedengaran dalam kebakaran 5 unit Flat Sri Sabah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*