{VIDEO} Terpengaruh adegan drama, kakak bertindak gila, sumbat adik hidup-hidup dalam lubang perigi

SEORANG budak perempuan bertindak di luar kawalan apabila dirakam mencampakkan kanak-kanak lelaki ke dalam sebuah perigi di Yunnan, China.

Insiden itu yang dilaporkan berlaku pada 8 Mac 2023 itu menarik semula perhatian di laman media selepas rakaman kejadian kembali tular di Twitter sejak Sabtu.

Difahamkan, kedua-dua budak itu merupakan pasangan adik-beradik dan mangsa kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Yang, 4, dicampak kakaknya, Wang, 7, selepas terpengaruh dengan salah satu adegan drama di televisyen.

Susulan insiden terbabit, orang ramai yang menyedari kejadian itu kemudiannya terus menjalankan usaha menyelamat dan menghubungi ambulans untuk bantuan keselamatan.

Hasil pemeriksaan di hospital, Yang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan parah, sebaliknya hanya dijangkiti demam dan batuk.

Polis mengesahkan bahawa tiada konflik pergaduhan yang berlaku antara dua beradik itu dan ibu bapanya juga difahamkan berjaya mengawal emosi kedua-dua anaknya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*