{VIDEO} Lahad Datu dilanda ‘puting beliung’

LAHAD DATU: Penduduk bandar ini dikejutkan dengan kejadian pusaran angin menyerupai puting beliung pada kira-kira jam 2 petang semalam.

Saksi kejadian melihat fenomena yang jarang berlaku itu menerbangkan bumbung rumah di Batu 1, Jalan Segama, di sini.

Beberapa video memaparkan fenomena itu kemudian tersebar di media sosial dipercayai dimuat naik orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Berdasarkan satu video berdurasi 22 saat, kelihatan bumbung rumah dan serpihan bangunan diterbangkan angin puting beliung itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid ketika dihubungi, bagaimanapuan berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan berhubung kejadian itu setakat jam 3.30 petang semalam.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*