Enggan bayar hutang, wanita muat naik gambar ‘jenazah’ sendiri

Seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara sanggup berpura-pura mati kerana enggan melangsaikan hutangnya kepada seorang individu lain, lapor laman berita Merdeka.

Wanita yang hanya dikenali sebagai L itu memuat naik hantaran menerusi akaun Facebook anaknya yang menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Dia turut menyertakan beberapa gambar menunjukkan keadaannya yang sudah menjadi ‘jenazah’ dan dibalut dengan kain kafan.

Hantaran itu turut mendakwa L meninggal dunia kerana kemalangan di sebuah jambatan serta jenazahnya akan dikebumikan di Aceh.

Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L membayar hutangnya namun, wanita berkenaan mengakui tidak mempunyai wang untuk melunaskannya.

Dia sebelum itu berjanji akan membayar hutang pada 20 November lalu, namun gagal bertindak demikian.

Selepas waktu yang dijanjikan tiba, L meminta agar tempoh pembayaran dipanjangkan lagi sehingga 6 Disember lalu.

Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran menggunakan akaun Facebook anaknya dengan mendakwa telah meninggal dunia.

Anaknya, Najwa Almira Ginting kemudian tampil mendedahkan perkara sebenar bahawa ibunya masih hidup dan bertindak demikian kerana enggan membayar hutang.

Dia turut meminta pihak berkaitan agar memaafkan perbuatan ibunya itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*