{VIDEO} Ibu tergamak bagi anak tiri minum kopi campur racun tikus

SEORANG ibu tiri di Simpang Pujud, Bagan, Riau, Tanjung Medan, Rokan Hilir, Riau, Indonesia tergamak meracuni anak tirinya berusia 11 tahun menggunakan kopi yang dicampur racun tikus.

Ketua Polis Daerah Rohil, Andrian Pramudianto berkata, suspek yang dikenali sebagai RW sudah ditahan dan kini berada di Balai Polis Pujud.

Menurutnya, dalam kejadian pada Ahad lalu, suspek pada awalnya memberi kopi kepada mangsa, Baihaki untuk diminum.

“Selepas meminum kopi tersebut, mangsa tiba-tiba muntah dan mengalami sawan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan rawatan.

“Bapa saudara mangsa yang curiga dengan kejadian ini bertindak melaporkan RW kepada Polis Pujud,” katanya.

Ujar Andrian, suspek mengakui perbuatannya, namun masih tidak mendedahkan punca dia berbuat demikian.

Sementara itu, video keadaan mangsa pada hari kejadian turut dikongsikan di media sosial pada Rabu sebelum menjadi tular.

Klip berdurasi 45 saat tersebut memaparkan Baihaki yang terbaring kesakitan di atas lantai dalam keadaan sangat lemah.

Video sama turut menunjukkan mangsa berada di hospital dan cuba menceritakan kejadian menimpanya kepada individu yang merakam.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*