{VIDEO} Gelagat ibu bapa rebut barangan bayi murah di Ekspo dikecam netizen

Gelagat ibu bapa rebut barangan bayi murah di Ekspo dikecam netizen. Tular di media sosial semalam apabila seorang individu memuat naik sebuah video memaparkan gelagat sekumpulan individu yang bersesak-sesak dipercayai ingin membeli peralatan bayi yang dijual dengan harga murah.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa wanita dan lelaki sedang berebut peralatan bayi dipercayai botol susu di sebuah karnival barangan bayi dan kanak-kanak di ibu kota.

Malah, turut kelihatan wanita menggendong bayi di tengah kesesakan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasakan penganjur gagal mengawal keadaan sehingga menjadi kecoh sedemikian rupa.

Kesian untuk yang tak mampu. Nak beli tak ada stock. Habis dibeli oleh scalper.

Turut baca :

Dalam pada itu, ada juga yang membuat spekulasi yang merasakan bahawa individu yang sedang berebut itu adalah ‘personal shopper’ yang mengambil peluang untuk membeli barang dengan harga murah sebelum menjualnya kepada pengguna.

Ni semua PS yang takde otak. Orang lain pun nak beli juga betul tak ada ingat orang belakang langsung. Muka yang sama je kekadang tu kalau ada ekspo macam ni.

Kesian la kan pada yang tak mampu…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*