{VIDEO} “Tapak niaga tak semenggah…” Sewa tapak cecah RM1.2K, penjual kecewa lihat suasana Karnival Usahawan Perak

Majoriti peniaga yang menyewa tapak di Karnival Makanan Usahawan Perak 2022 meluahkan rasa tidak puas hati apabila bayaran yang dikenakan tidak setanding tempat berlangsungnya program berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik Asrii Kamarudin, menyaksikan suasana sekitar tapak perniagaan yang berpasir dan berlopak seperti padang jarak padang terkukur.

Pihak penganjur hanya menyediakan meja yang tidak dialas bersama dengan kerusi.

Langsung tidak menarik perhatian orang ramai sehingga menyebabkan rata-ratanya mengalami kerugian bilamana hasil jualan mereka tidak memperoleh pulangan modal kerana tiada sambutan.

Dedah pemilik akaun yang juga merupakan mangsa keadaan, kesemua peniaga yang berada di dalam ‘group Whatsapp’ tidak berpeluang untuk ‘bersuara’.

Demikian kerana hanya ‘admin’ kumpulan itu sahaja diberi kebenaran untuk menghantar sebarang pesanan dan maklumat sewaktu program berlangsung.

Turut baca :

Paling tak masuk akal apabila melihat cara penganjur menguar-warkan karnival tersebut kepada orang ramai dengan memaklumkan bahawa kemasukan adalah percuma.

Namun, ramai tidak tahu sebenarnya ‘parking’ memasuki kawasan karnival perlu bayaran sejumlah RM10 untuk sekali masuk.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*