{VIDEO} “Dikatakan terpesong dari ajaran sebenar…” Lelaki dakwa solat zohor 12 rakaat cetus persoalan ramai, mufti minta jangan kecam

Pengkauan seorang lelaki dipercayai warga asing yang mendakwa menunaikan solat lima waktu melebihi 12 rakaat mengundang pertikaian hebat dalam kalangan warganet.

Ketika disoal mengenai rakaat dalam solatnya, lelaki berkopiah dan berkemeja biru itu menjelaskan kiraan jumlah yang agak berlainan dan berbeza daripada fahaman Islam yang sepatutnya.

Turut membacakan surah Al Fatihah dan beberapa ayat Al Quran, namun penjelasan dibuat berkaitan kiraan rakaat dalam solatnya nyata mencetuskan persoalan ramai.

Katanya, solat Subuh terdiri daripada empat rakaat, Zuhur (12), Maghrib (lima) dan Isyak (17).

Segelintir warganet mula mempertikaikan dakwaan tersebut dan menyifatkan individu berkenaan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Mengulas lanjut hal itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa agar orang ramai berhenti daripada mengecam dan melemparkan tuduhan terhadap lelaki tersebut.

Katanya, tiada kesalahan dilakukan individu berkenaan kerana ia merupakan sebahagian daripada fahaman bagi Mazhab Hanafi.

“Kalau diikutkan kepada Mazhab Hanafi, jumlah solat lima waktu masih kekal sama seperti Mazhab Syafi’e namun berbeza dari segi solat sunat sebelum dan selepas.

“Mazhab Hanafi ada kalanya akan berlebihan dari segi kiraan rakaat kerana terdiri daripada solat sunat yang banyak berbanding Mazhab Syafi’e.

“Jadi apa yang diperkatakan dalam video tersebut jelas menunjukkan dia merupakan mengamalkan fahaman Mazhab Hanafi, tiada apa yang salah melainkan mereka yang mengecam tanpa alasan kukuh,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi dan pertikaian berhubung hal itu selain perlu sentiasa menghormati fahaman individu sesama Islam.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*