Gagal kawal kenderaan, ibu, 3 anak cedera kereta terjunam masuk gaung

Gagal kawal kenderaan, ibu, 3 anak cedera kereta terjunam masuk gaung.

Seorang wanita bersama tiga anaknya cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran stesen minyak di Kempas, Johor Bahru, Johor pada Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba Kanan II (PBK II), Wan Nor Affendi Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.28 petang.

Affendi berkata, sebuah kereta jenis Toyota Vios dilihat terbabas masuk ke dalam gaung sedalam tujuh meter di lokasi itu.

“Mangsa yang juga merupakan ibu berusia 33 tahun itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terjatuh.

“Selain itu, terdapat tiga lagi mangsa iaitu anak perempuannya, 11, dua lelaki berusia empat dan enam tahun di dalam kereta terbabit ketika kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, semua mangsa berjaya diselamatkan dan rawatan awal sudah diberikan sebelum dihantar ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*