{VIDEO} “Dia pekak kot…” Tak hirau jeritan tuan rumah, lelaki gigih panjat pagar, curi tong gas

“Dia pekak kot…” Tak hirau jeritan tuan rumah, lelaki gigih panjat pagar, curi tong gas. Keterdesakan hidup mendorong seseorang melakukan apa sahaja, termasuk mencuri walaupun tahu itu merupakan satu kesalahan undang-undang dan boleh didakwa.

Namun, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil ini, mereka tidak memikirkan semua itu, asalkan barang yang diambil boleh buat duit.

Misalnya sepertimana dilakukan oleh lelaki ini yang sanggup panjat pagar di sebuah rumah untuk mengambil tong gas yang diletakkan oleh pemiliknya di laman.

Meskipun berjaya menceroboh masuk, namun gelagatnya sempat dirakam oleh tuan rumah yang kebetulan ada sewaktu kejadian, cuma tidak berani keluar.

Dalam sorotan tersebut, juga kedengaran suara penghuni rumah menjerit dari dalam selepas menyedari tong gas mereka diangkut lelaki berbaju merah itu, namun dia sepertinya tidak mengendahkan suara itu dan terus berlalu pergi.

Ramai pula berseloroh dengan pendapat masing-masing berhubung tujuan lelaki tersebut mengambil tong gas itu.

Rata-ratanya terhibur melihat kesungguhannya mengangkut tong gas dengan memanjat pagar dan langsung tak hirau dengan hal sekeliling, termasuklah memekakkan telinga dengan jeritan tuan rumah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*