Lelaki Afrika mati ditetak, 8 ditahan gaduh lepas berhibur

Lapan warga Afrika ditahan bagi membantu siasatan seorang lelaki yang maut ditetak di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, anggota polis di Balai Polis Pudu memaklumkan terdapat tiga lelaki warga Afrika telah cedera dipercayai akibat pergaduhan sekitar pukul 5.35 pagi.

Superintendan Ashari Abu Samah

Kata beliau, salah seorang daripada mangsa telah meninggal dunia ketika diberikan rawatan di sebuah hospital swasta.

”Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa dan rakannya bergaduh dengan sekumpulan lelaki berketurunan sama berpunca selisih faham di dalam pusat hiburan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah iaitu kesan luka akibat tetakan di belakang leher,” katanya..

Menurut Ashari, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Wangsa Maju telah menahan enam Lelaki dan dua wanita warga Afrika itu di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*