Didakwa hisap dadah lebih dua kali, ibu mengandung mengaku tidak bersalah

Didakwa hisap dadah lebih dua kali, ibu mengandung mengaku tidak bersalah.

Seorang ibu mengandung dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyalah guna dadah melebihi dua kali.

Bagaimanapun, tertuduh, Fatin Farhana Ashaari, 34, dari Palong, Gemas mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Didakwa hisap dadah lebih dua kali, ibu mengandung mengaku tidak bersalah
Fatin Farhana dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah semalam.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati menggunakan dan memberikan dadah kepada diri sendiri jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kesalahan dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin kira-kira pukul 3.15 petang pada 22 Ogos 2021.

Turut baca

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman lebih berat di bawah Seksyen 39C(1)(b) akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun dan maksimum tiga kali sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan kes yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi itu disebut semula pada 19 Julai ini dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Fatin Farhana sebelum ini pernah disabit kesalahan yang sama di Mahkamah Majistret Tampin pada 9 Julai 2009 dan juga di mahkamah yang sama pada 23 Julai 2012.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*