{VIDEO} Berang tak dapat harta, tiga beradik bakar rumah, bunuh ibu

Gara-gara tidak berpuas hati dengan pembahagian harta, tiga beradik tergamak membakar rumah yang didiami mereka sekeluarga hanya kerana mahu membunuh ibu kandung mereka.

Tindakan kejam itu dipercayai berlaku di wilayah Hung Yen, Vietnam pada 30 Oktober lalu. Mangsa iaitu Puan D yang berusia 61 tahun memiliki empat orang anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. Difahamkan, Puan D mempunyai beberapa bidang tanah tetapi ketiga-tiga anak perempuan mangsa dikatakan tidak menerima pembahagian harta masing-masing. Hal tersebut secara tidak langsung menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak perempuan mangsa.

  • Turut baca : {VIDEO} Remaja ‘lunyai’ dibelasah 10 lelaki kerana wanita asing

Susulan daripada itu, ketiga-tiga beradik itu mula bertindak agresif dengan menuang satu tin petrol ke lantai rumah sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran. Difahamkan, ketiga-tiga suspek turut cedera sementara ibunya yang melecur di tangan dan rambut dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak polis telah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut sebelum menjalankan hukuman mengikut undang-undang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*