Pemandu parah selepas tercampak dari kereta

Pemandu parah selepas tercampak dari kereta. Seorang pemandu parah selepas tercampak dari kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Bangi Avenue, di sini, semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.52 pagi.

“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan Nissan Cefiro yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu berusia 24 tahun tercampak keluar dan terjatuh ke dalam cerun dianggarkan sedalam hampir 10 meter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa berjaya dibawa naik oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.

“Difahamkan mangsa mengalami kecederaan parah akibat kemalangan terbabit,” katanya.

Turut baca :

Pemandu parah selepas tercampak dari kereta

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*