Lelaki dedah tak pernah lihat wajah isteri sepanjang 47 tahun berkahwin

Seorang lelaki di Arab Saudi mendedahkan bahawa dia tidak pernah melihat wajah isterinya meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama 47 tahun dan mempunyai 10 cahaya mata.

Menurut si suami, isterinya merupakan seorang wanita berasal daripada sebuah puak di mana mereka memegang teguh dengan tradisi nenek moyangnya yang dianggap sebagai ultra konservatif. Mereka tidak boleh menunjukkan wajah kepada orang lain.

Tradisi tersebut sudah ribuan tahun dan semakin dilupakan. Walau bagaimanapun, masih ada sebilangan kecil yang berpegang teguh kepada budaya berkenaan.

Hormati tradisi dan ikuti kemahuan si isteri, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk tidak memaksa dan mengakui bahawa dia tidak pernah melihat wajah wanita berkenaan sejak mereka berkahwin.

Ujarnya, dia menerima kemahuan isterinya dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan kehidupan rumah tangga mereka. Sebagai bukti pasangan terbabit sudah dikurniakan 10 orang anak sepanjang 47 tahun hidup bersama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*