{VIDEO} Berang pelajar dirogol, golongan ibu ‘bergotong-royong’ roboh rumah suspek

RASA marah tidak terbendung terhadap seorang perogol menyaksikan sekumpulan ibu di daerah Jeneponto, Sulawesi Selatan, Indonesia sepakat merobohkan rumah suspek berusia 33 tahun tersebut.

Insiden mencuri perhatian dunia pada Rabu itu difahamkan berlaku setelah seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun diperkosa suspek yang merupakan jirannya pada Januari lalu.

Berang akan kelakuan keji itu, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis sebelum lelaki berkenaan ditahan pihak berkuasa pada Februari.

Berdasarkan laporan polis, suspek bertindak melampau memperkosa gadis bawah umur terbabit ketika mangsa keluar rumah untuk membuang air kecil.

Namun, tindakan pihak polis masih belum cukup untuk meredakan keadaan buat jiran tetangga yang masih menyimpan dendam terhadap lelaki berkenaan.

Jadi, dalam menyuarakan kekecewaan tersebut, sekumpulan ibu dari perkampungan berkenaan bertindak merobohkan rumah suspek secara beramai-ramai.

Kejadian tersebut disaksikan pihak berkuasa, namun mereka tidak dapat mengambil tindakan kerana mereka yang datang merobohkan rumah terbabit terlalu ramai.

Berdasarkan video insiden berkenaan, mereka kelihatan ‘bergotong-royong’ dalam usaha itu dengan menarik tali yang diikat ke tiang asas bangunan itu.

Melihat kepada beberapa keping foto yang dikongsikan agensi media Indonesia, rumah berkenaan mengalami kerosakan serius dengan kos tinggi diperlukan untuk kerja-kerja menambah baik.

Isteri suspek mengaku kecewa akan tindakan sekumpulan ibu di perkampungan itu kerana membuat keputusan tanpa menunggu perbicaraan daripada pihak berkuasa.

Ketika ini, mereka tidak lagi menetap di kediaman berkenaan kerana kembali tinggal bersama ibu bapa sementara menunggu keputusan hukuman terhadap suspek.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*