{VIDEO} Anak meraung lihat ibu hamil 9 bulan melambung dilanggar superbike

KEGEMBIRAAN lima sekeluarga meluangkan masa berjalan-jalan di sebuah bandar menjadi mimpi ngeri selepas mereka dilanggar oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku di Jacarei dekat Sao Paulo, Brazil pada 5 April lalu.

Insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah premis di lokasi kejadian yang memaparkan lima wanita cedera, termasuk dua kanak-kanak perempuan dan seorang wanita hamil.

Insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah premis di kawasan kejadian.

Semasa mereka berjalan di kaki lima itu, sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang lelaki hilang kawalan lalu merempuh kesemua mangsa.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan kelima-lima mangsa terjatuh.

Penunggang motosikal itu turut dilihat merangkak mengerang kesakitan sementara wanita hamil berkenaan terbaring kaku.

Turut kedengaran salah seorang kanak-kanak dipercayai anak kepada wanita terbabit menangis dan menjerit panik meminta pertolongan orang awam membantu ibunya yang kesakitan.

Difahamkan, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, doktor terpaksa melakukan pembedahan caesarean atau C-section terhadap wanita hamil tersebut.

Mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) sementara bayinya selamat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*