Tersalah sebut nama pengantin perempuan dikala akad nikah, ini penjelasan mufti

Tersalah sebut nama pengantin perempuan dikala akad nikah, ini penjelasan mufti.

Akad nikah adalah satu detik mendebarkan buat bakal pengantin lelaki kerana jika terlalu gugup ia terpaksa diulang beberapa kali.

Bagaimanapun, jangan bimbang jika ada yang tersalah sebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan kerana akad nikah itu tetap sah dan tidak melanggar syarat sah dan rukun perkahwinan.

Tersalah sebut nama pengantin perempuan dikala akad nikah, ini penjelasan mufti

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berkata, sebuah perkahwinan itu dianggap sah apabila memenuhi syarat dan rukun-rukunnya.

Menurutnya, kesalahan ketika menyebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan tidak menjejaskan akad perkahwinan tersebut.

Turut baca

“Bahkan ia dianggap sah di sisi syarak. Hal ini kerana menyebut nama pengantin bukan termasuk dalam syarat-syarat sah perkahwinan.

“Antara syarat sah perkahwinan bagi pengantin perempuan adalah ta’yin iaitu penentuan seorang wanita sebagai isteri,” katanya.

Katanya, syarak menetapkan lima rukun yang wajib dipenuhi ketika akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, lafaz (ijab dan qabul), wali dan dua orang saksi.

PMWP berkata, pada sisi mazhab Syafi’i, sekiranya bapa melafazkan ijab dalam sesuatu pernikahan dengan tanpa menyebut nama atau tersalah sebut nama anaknya, maka pernikahan tersebut juga tetap dianggap sah.

“Tambahan pula, menyebut nama bukan syarat sah dalam akad perkahwinan sebagaimana contoh yang dinukilkan oleh imam al-Nawawi di dalam kitabnya iaitu “Berkata wali: kahwini dia, maka kata suami: aku mengahwininya, sah”,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*