“Itu takbir raya, bang”- Bapa tersilap laung takbir raya di telinga bayi

Sebuah video tular di media sosial memaparkan detik seorang bapa tersilap melaungkan takbir raya kepada anaknya yang baru dilahirkan, lapor laman berita Suara semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh akaun TikTok @derry.yd, lelaki tersebut berada di sebuah hospital sambil menggendong anaknya yang baru dilahirkan.

Dia kemudian melaungkan takbir raya di telinga bayi itu sebelum ditegur oleh seorang wanita bahawa yang dilaungkan itu bukanlah azan.

“Itu takbir raya, bang,” kata wanita tersebut.

Lelaki itu segera memberhentikan bacaannya dan memandang ke arah perakam, seolah-olah malu dengan perbuatannya.

Video itu menjadi tular dan menerima tontonan daripada kira-kira 5.7 juta pengguna serta dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

“Saya tidak boleh berhenti ketawa,” komen seorang netizen.

“Sama seperti abang saya, gementar sampai nak azan jadi iqamah,” komen pengguna lain.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*