“Tanya 3 kali untuk kepastian…” Wanita kena ‘scam’, burger tepi jalan harga ‘kayangan’

“Tanya 3 kali untuk kepastian…” Wanita kena ‘scam’, burger tepi jalan harga ‘kayangan’.

Alangkah terkejutnya seorang wanita apabila mendapati pesanan burger yang dibeli hanya di gerai tepi jalan berjumlah RM23!

Itulah yang menimpa wanita ini ketika dia terpaksa membayar harga ‘kayangan’ tersebut untuk dua biji burger ayam ‘special’ di sebuah gerai bedekatan bank di Kepong.

Wanita berkenaan sangat terkejut semasa ingin membayar lalu bertanya hampir 3 kali untuk kepastian.

“Saya tanya kepada penjaja tu 3 kali untuk kepastian, dia dia bagitahu tu adalah harga untuk burger ayam spesial.”

Setelah dikira, jumlah 2 burger dengan harga RM23 adalah sebanyak RM11.40 setiap satu yang mana ianya lebih mahal dari restoran makanan segera.

Rata-rata netize turut terkejut dan tercengang dengan harga cekik darah yang diberikan penjual di samping menyifatkan mungkin daging yang digunakan diimport dari luar negara.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*