Pelajar terkejut lelaki tak dikenali tunjuk ‘anu’

Pelajar terkejut lelaki tak dikenali tunjuk ‘anu’.

Sekumpulan pelajar sekolah menengah di Presint 9 ketakutan selepas seorang lelaki tidak dikenali menunjukkan kemaluan pada mereka, semalam.

Kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang menerima laporan akan perkara berkenaan dan sedang mencari lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz

Pihaknya juga menerima dua laporan polis daripada dua pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan hari ini berhubung kejadian itu.

“Kami sudah berjaya mendapatkan butiran suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang dikongsi pelajar berkenaan.

“Kami sedang menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Berdasarkan laporan mangsa, kejadian itu berlaku di hadapan tempat letak kereta awam di hadapan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 9 (2).

Menurut laporan, mangsa mendakwa telah didekati seorang pemuda yang menaiki kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sebelum suspek bertindak bertanyakan sesuatu kepada pelajar itu.

“Sejurus selepas itu, suspek tiba-tiba membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan tersebut.

“Pelajar itu kemudian melarikan diri namun sempat merakam gambar kereta dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut,” ujarnya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*