Rasuah RM3.3 juta, 2 pegawai syarikat air dicekup SPRM

Rasuah RM3.3 juta, 2 pegawai syarikat air dicekup SPRM.  Dua pegawai atasan sebuah syarikat bekalan air di Johor ditahan kerana dipercayai menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta.

Sumber dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki masing-masing berusia 36 dan 40 tahun itu di ibu pejabatnya di Selangor kira-kira 2 petang semalam.

Menurut sumber, SPRM menjalankan siasatan susulan beberapa aduan yang difailkan tahun lepas mengenai suspek yang didakwa menerima rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor.

“(Difahamkan) ia sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air terbabit,” kata sumber, lapor Sinar Harian.

“Suspek terbabit dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya.”

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias mengesahkan penahanan tersebut.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru (hari) ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*