Satu stesen ‘terkejut’ dengar wanita menjerit setelah jatuh dari keretapi sedang bergerak laju

Satu stesen ‘terkejut’ dengar wanita menjerit setelah jatuh dari keretapi sedang bergerak laju.

Sebuah stesen keretapi di negara seberang dikejutkan dengan satu kejadian bilamana seorang wanita terjatuh ke bawah semasa keretapi sedang bergerak laju.

Detik cemas yang dipercayai berlaku di Stesen Manggarai itu ada dikongsikan oleh @Disco2000an di laman Twitter sehingga menjadi bualan dalam kalangan warganet mengenangkan nasib wanita terbabit.

Pada awalnya tujuan merakam adalah untuk berkongsi perjalanannya setelah sekian lama tidak menaiki keretapi.

Namun, tidak menyangka insiden lain pula yang jadi membuatkan dia ikut tergamam selain luah bimbang akan nasib mangsa yang pastinya lebih panik berdepan situsi berkenaan.

Bagaimanapun, dia memaklumkan bahawa wanita terbabit dalam keadaan selamat kerana terjatuh di luar dari landasan keretapi.

Turut baca

Malah, staf bertugas juga tidak berlengah menghulurkan bantuan untuk mangsa sewaktu kejadian.

Meskipun tiada sewaktu kejadian, namun ramai luah gerun melihat detik kejadian 31 saat itu yang sememangnya mendebarkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*