Dapur kedai makan bersepah, jijik, undang pelbagai reaksi orang ramai

Dapur kedai makan bersepah, jijik, undang pelbagai reaksi orang ramai.

Tular di media sosial satu gambar menunjukkan keadaan sebuah dapur yang kotor dipercayai milik sebuah kedai makan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Gambar itu dikongsikan menerusi Facebook JJCMKedah memaparkan persekitaran dapur itu yang tidak terurus di samping dipenuhi dengan sampah terutama di bahagian lantai.

Dapur kedai makan bersepah, jijik, undang pelbagai reaksi orang ramai
Tangkap layar keadaan sebuah dapur yang kotor dipenuhi sampah tular di media sosial.

Lebih menjijikan, bahan makanan juga didapati tidak diletakkan di dalam bekas berasingan atau tertutup membuatkan ramai pengguna berasa loya melihatnya.

Bagaimanapun, lokasi dan bila gambar itu diambil tidak dapat dikenal pasti.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan pendedahan terbabit dan menyifatkan ia sebagai satu perkara yang menjijikkan.

“Sebab itu saya tak suka makan di mana-mana kedai makan. Kebanyakannya memang macam ini. Dari depan lawa dan bersih, bila pergi dapur memang teruk,” kata Fishah.

“Macam mana masak macam ini? Tengok keadaan dapur pun tak lalu nak makan, menjijikan,” seloroh Azila.

“Kalau nampak kedai dapur jenis berselerak dan kotor macam ni memang tidak akan makan dah. Masuk dalam kereta boleh muntah,” ujar Edarozana.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*