Hidangan ‘kaki katak’ makin dapat permintaan

Hidangan ‘kaki katak’ makin dapat permintaan.

Kesatuan Eropah (EU) mengimport hampir 4,070 tan kaki katak setiap tahun bersamaan antara 81 hingga 200 juta katak yang sebahagian besar daripadanya ditangkap dari kawasan liar.

Daily Mail melaporkan peningkatan permintaan hidangan kaki katak di Perancis dan Belgium meletakkan populasi haiwan amfibia itu dalam risiko.

Aktivis Pro Wildlife berkata, senario itu menimbulkan ancaman terhadap populasi katak di negara pembekal termasuk Indonesia, Turki dan Albania.

Hidangan ‘kaki katak’ makin dapat permintaan
KAKI katak yang sudah disiang kulit dijual di Pasar Bogor, Jakarta.

Kira-kira 74 peratus import EU datang dari Indonesia, empat peratus Turki dan 0.7 peratus Albania.

Di Indonesia, katak Jawa atau nama saintifiknya Limnonectes Macrodon yang diperdagangkan secara meluas kini semakin pupus di negara itu.

Turut baca

Saintis juga memberi amaran katak berasal dari Turki boleh pupus menjelang 2032, sekiranya tangkapan besar-besaran dari kawasan liar berterusan.

Di Albania, pembekal kaki katak keempat terbesar EU iaitu katak air Scutari kini sangat terancam.

Pengasas bersama Pro Wildlife, Dr. Sandra Altherr menyifatkan situasi itu sebagai ‘kesan domino maut bagi perlindungan spesies’.

Belgium adalah pengimport kaki katak terbesar di dunia yang menyumbang 70 peratus daripada pasaran EU, diikuti Perancis (17 peratus), Belanda (tujuh peratus), Itali (empat peratus) dan Sepanyol (dua peratus).

Laporan Deadly Dish Pro Wildlife mendedahkan majoriti pengimportan kaki katak Belgium dieksport semula ke negara anggota EU lain.

Menurut data Jabatan Kastam Perancis, negara itu mengimport 30,015 tan kaki katak segar dan sejuk beku antara 2010 hingga 2019 bersamaan 1.5 juta katak.

Jumlah lebih kecil turut diimport oleh United Kingdom, Croatia, Republik Czech, Poland, Romania dan Jerman.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*